Borneo @ Alpha

Festival Warna Warni Borneo 2018 – Bahagian 2

Bahagian kedua galeri gambar bagi acara Festival Warna-Warni Borneo 2018 yang berlangsung pada Ahad, 8 April 2018 di Mydin Mall Seremban 2. “Festival Warna Warni Borneo (FWWB) adalah merupakan acara besar tahunan bagi Kolej Teknologi Alpha (KTA), terutamanya bagi meraikan para pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak” Kita biarkan gambar berbicara!  

Festival Warna Warni Borneo 2018 – Bahagian 1

Ahad 8 April 2018, bertempat di Mydin Mall Hypermarket Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan. Bermula seawal jam 9.30 pagi, para pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) terutamanya para pelajar dari Borneo telah berkumpul di Mydin Mall Seremban 2. Selain para pelajar KTA, turut memeriahkan acara-acara hari ini adalah jemputan khas para pelajar dari UITM Kampus Seremban […]

Raptai Festival Warna Warni Borneo 2018 (Rehearsal)

Festival Warna Warni Borneo (FWWB) adalah merupakan acara besar tahunan bagi Kolej Teknologi Alpha (KTA), terutamanya bagi meraikan para pelajar yang berasal dari Sabah dan Sarawak. Pelajar dari Borneo merupakan bilangan ketiga terbesar di kolej ini, bahkan pernah menduduki tempat kedua teramai. Pada tahun lalu kolej kami agak sibuk dengan beberapa acara besar seperti Konvokesyen […]

Festival Warna Warni Borneo 2016

Ahad, 23 Oktober 2016, berlangsunglah satu acara tahunan yang gilang-gemilang dan ditunggu ramai.   Festival ini yang meraikan para pelajar dari Borneo di mana sebenarnya mempunyai bilangan yang agak ramai dalam seluruh kolej.   Festival Warna Warni Borneo 2016 merupakan kali ketiga acara ini diadakan. Kita biarkan gambar berbicara.

Kelab Seni Tari – Bayu Arcadia Kolej Teknologi Alpha di Borneo Hornbill Festival 2016

15 mei 2016, bertempat di Malaysia Tourism Centre (Matic) sempena Borneo Hornbill Festival 2016 – Road To London. Kelab Bayu Arcadia Kolej Teknologi Alpha telah mengambil bahagian dalam pertandingan tarian yang dijalankan, pasukan yang menang akan ke London. Walaupun ini merupakan penyertaan pertama kali, namun ia juga mampu membuahkan hasil. Tahniah! kepada para pelajar & tenaga pengajar […]

Festival Warna Warni Borneo 2015

Acara tahunan Festival Warna Warni Borneo Kolej Teknologi Alpha 2015 kembali menyerang pentas utama Mydin Mall Seremban 2 seperti tahun sebelumnya. Berlangsung pada 18 Oktober 2015 yang lalu dari seawal 10 pagi hinggalah ke lewat petang. Pelbagai acara di jalankan seperti sukaneka, dan pelbagai persembahan terutamanya dari kepulauan Borneo yang berwarna warni! Nikmatilah 1400 lebih gambar […]

Mentor menyambut peserta IBI dari Borneo di KLIA2

Sabtu, 29 November 2014. Para mentor dan kakitangan menyambut para peserta program IBI sesi Disember-Januari / pre-intake program degree UUM,  di KLIA2. Ada kira-kira 40 orang peserta dari  Sabah Sarawak atau Borneo. Para mentor dan kakitangan menunggu sejak pukul 7 petang hingga selewat jam 3 pagi lantaran beberapa penerbangan ‘delay’ kerana cuaca yang tidak menentu. Kesemua […]

Festival Warna-Warni Borneo 2014

Pada 12 Oktober 2014, bertempat di pentas utama Mydin Mall Seremban 2, telah berlansungnya Festival Warna-Warni Borneo 2014. Festival ini adalah pertama kali diadakan dan berkemungkinan besar akan diteruskan untuk tahun-tahun akan datang. Festival kali ini datang dengan temanya, Dari Borneo Untuk Semua.  

© 2017 Hak Cipta Terpelihara Kolej Teknologi Alpha. Dengan melayari web ini anda adalah bersetuju terma dan syarat pihak kami.