Selamat Datang!

Sekolah Multimedia Kreatif, Kolej Teknologi Alpha (CREAM). Kami mencari pelajar-pelajar yang berminat tinggi dan bersungguh-sungguh ingin menjadi hebat. Anda mungkin salah seorang yang kami cari atau individu berkaitan yang kami cari! Kami akan ceritakan secara panjang lebar dan sejelas mungkin kepada anda mengapa kami berbeza dan mengapa anda perlu memilih kami berbanding yang lain.

Diploma Animasi?

Diploma Animasi Kolej Teknologi Alpha, merupakan 1 unit baru berusia kira-kira 3 tahun di kolej ini. Bermula pengambilan pertamanya pada tahun 2012. Walaupun begitu, tenaga pengajar dan juga pemilik kolej ini merupakan bukan individu yang baru dalam bidang ini. Tenaga pengajarnya adalah individu-individu yang sangat berpengalaman dalam mengajarkan ilmu-ilmu animasi dan berkaitan. Selain itu juga, tenaga-tenaga pengajarnya adalah orang-orang yang sudah berkecimpung dan berpengalaman luas dalam industri ini. Sebahagian mereka juga adalah pelopor dan terawal dalam bidang animasi yang mana bidang ini masih dan semakin berkembang pesat dan maju di Malaysia.

Mengapa Animasi?

Mengapa pilih animasi? Kami jelaskan di sini sebahagian fakta. Sukalah kami mengatakan bahawa, bidang animasi adalah merupakan antara Bidang Kreatif Tahap Tertinggi! Ya! Betul! Kami berani mendakwa ianya sebegitu berdasarkan pengalaman kami dan bersandarkan pelajaran dan pengajaran didalamnya. Tahukah anda, di dalam bidang animasi ini terkandung pembelajaran subjek-subjek antaranya seperti berikut:

  • Lukisan Manual
  • Lukisan Digital
  • Seni Rekabentuk dan Design
  • Animasi 2D
  • Animasi 3D
  • Fotografi
  • Videografi
  • Audio
  • Kesan Khas (Special Effect)
  • Dan banyak lagi
Di atas cuma sebahagian yang kami senaraikan, ada banyak lagi skill-skill secara tidak lansung ada didalamnya.

Kerjaya

  • 2D Animators

    2D Animator adalah animator yang menggunakan lukisan tradisi sebagai bahantara untuk menggerakkan image sebagai satu kaedah animasi, komposisi dan perspektif digunakan untuk mewujudkan perkadaran, line of action, struktur, dan anatomi asas.

  • 3D Animators

    menggunakan perisian 3D contohnya 3D studio Max, MAYA, Softimage dan sebagainya. Perisian ini digunakan untuk membentuk image-image yang bergerak dalam pembentukan set visual animasi

  • Character Animators

    mencipta pergerakan animasi yang sempurna dan melakonkan watak untuk menghidupkan penceritaan melalui pergerakan dan ekpresi wajah, dialog dan juga bahasa badan

  • Storyboard artists

    mampu mentafsir skrip ke dalam imej yang terbaik untuk menyampaikan cerita. Mereka merancang dan menyelaras imej daripada imej kecil untuk merancang pergerakan kamera kepada storyboards yang mana visual ini menunjukkan bagaimana cerita itu akan berkembang dan berakhir.

  • Roto artists

    Ditugaskan untuk menekap aksi-aksi nyata untuk dipadankan dengan watak animasi, dan adakalanya digunakan untuk penambahan kesan-kesan khas yang perlu berdasarkan konsep dan jalan cerita

  • Modelers

    mencipta model 3D, yang bertetapan dengan watak yang dicipta oleh pereka watak

  • Matte painters

    persekitaran reka bentuk berdasarkan cerita dan skrip. Mereka adalah pelukis dan artis yang boleh boleh mencipta konsep dan menggambarkan idea-idea termasuk latar belakang yang kompleks, landskap dan persekitaran yang menarik bersesuaian dengan jalan cerita. Mereka menggunakan perisian seperti Photoshop, Maya dan RenderMan.

  • Character FX (hair/cloth/fur) artists

    bertanggungjawab untuk mereka bentuk kesan khas watak seperti kain dan simulasi bulu. Mereka membangunkan program untuk meningkatkan persembahan animasi. Pengetahuan tentang perisian 3D menjadi keutamaan, mahir dalam rigging dan menegetahui kaedah penghasilan watak yang sempurna.

  • Dan banyak lagi cabang-cabang kerjaya lain

    Seperti mana yang kami jelaskan di atas tadi, setiap kemahiran yang dipelajari, boleh menjadi pilihan kerjaya yang lain.

Ramai kenalan para tenaga pengajar adalah orang-orang industri, jadi kami yakin tiada masalah bagi kami untuk mendapatkan kerja untuk anda setelah tamat pengajian nanti, yang penting anda mahu! dan bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik seperti mana kami komited memberikan yang terbaik.

Istimewa?

Di Sekolah Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Alpha ini, kami dengan gembira membawa para pelajar (yang juga gembira) menjadi krew-krew dalam tugasan yang berkaitan dengan bidang mereka. Para pelajar akan diberikan pendedahan awal dan meluas untuk pengalaman dan skill-skill demi masa depan mereka yang lebih baik. Kolej Teknologi Alpha adalah merupakan kolej yang sangat aktif dengan pelbagai acara sepanjang tahun sehingga tidak menang tangan para kakitangan melayannya. Itu fakta, anda boleh lihat di galeri gambar dan video kolej ini. [ klik sini ]

Menariknya di sini ialah, para pelajar Diploma Animasi yang merupakan satu-satunya program diploma (di kolej ini kebanyakkan para pelajarnya adalah pelajar yang mengambil Ijazah atau degree), setiap kali acara atau 'events' berlansung, para pelajar animasi merupakan pasukan gerak kerja yang bertugas sebagai juru gambar dan juru video. Selain tugasan-tugasan belakang tabir yang lain seperti rekabentuk dan juga kerja-kerja suntingan video & gambar dan belakang tabir.

Semasa masih belajar biasanya para pelajar ini sudah mampu menguasai skill-skill yang berkaitan dengan pembelajaran mereka. Tidak dapat juga dinafikan kepentingan mereka dalam perihal dokumentasi dan keterlibatan di dalam acara-acara yang ada masanya adalah acara berskala MEGA!. Menarik bukan?

Syarat Kemasukan

Lulus SPM/SPMV dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana matapelajaran termasuk lulus Matapelajaran Pendidikan Seni. Sekiranya tiada subjek Lukisan / Pendidikan Seni Visual di ambil semasa SPM, pihak kolej akan melakukan ujian lukisan.

Maklumat program lebih lanjut di sini : [ klik ]

Kos pengajian - tiada terselindung!

Seperti yang kita ketahui, kebiasaannya program seperti ini di kolej-kolej swasta yang lain kos pembiayaannya agak tinggi. Sebahagiannya juga di luar kemampuan ibu-bapa. Walaupun ada ditawarkan di beberapa IPTA, namun melalui kemasukan berdasarkan UPU Online, ada sebahagian pelajar tidak mendapat peluang ataupun tidak terpilih. Ada masanya juga tidak dapat bidang yang diminati. Berikut adalah kos pengajian bagi program Diploma Animasi di Kolej Teknologi Alpha;

  • Yuran Pendaftaran : RM500
  • Yuran Pengajian : RM4000 per semester
  • Asrama & Penyelenggaraan : RM100 sebulan
Nota : Kos pengajian dibiayai oleh PTPTN. Oh!. Jangan bimbang, baca dahulu bantuan kewangan di bawah ini.

Dana Pendidikan Dr. Hamzaid

Dana Dr Hamzaid

Dana Pendidikan Dr. Hamzaid [ web ] , sebuah dana pendidikan persendirian yang telah sekian lama membantu dan memberi peluang kepada ramai anak Malaysia yang ingin meneruskan pelajaran sejak 7 tahun dulu, telah bermurah hati dan BERSETUJU UNTUK MEMBIAYAI SEBAHAGIAN kos pembelajaran bagi Diploma Animasi ini seperti berikut;

  • Membayar yuran pendaftaran,
  • Membayar yuran asrama & penyelenggaraan (sepanjang tempoh pengajian – 6 semester / 3 tahun)

Buat ibu bapa yang kurang berkemampuan, niat kami mahu menolong anak bangsa Malaysia yang ingin meneruskan pengajian. Kami berharap bantuan yang ini dapat mengurangkan serba sedikit bebanan anda. Kami juga mahu memberikan pembelajaran yang baik untuk anak-anak anda termasuk jaminan keboleh-pasaran para pelajar kami.



Pendaftaran Online dibuka sepanjang masa!

Daftar Online Sekarang!



Untuk pertanyaan dan sebarang kemusykilan hubungi : 016-681 2464 (En. Azhar)

* Pengambilan Diploma Animasi ada 2 kali setiap tahun. April dan Oktober. Tiada istilah terlewat untuk anda. Ianya hanya soal BILA anda mahu bermula! ;)

© 2015 - 2018 Sekolah Multimedia Kreatif - Kolej Teknologi Alpha. Segala isi kandungan adalah hakcipta terpelihara.