Alpha Open Day 2019 – Bahagian 2

24th April 2019 | 1,683 views | 1160 photos

13 April 2019, Alpha Open Day 2019 diteruskan lagi ( klik untuk lihat bahagian 1 ).  Sesi petang diwarnai dengan pelbagai pertandingan yang dijalankan dengan jayanya. Acara dihentikan pada waktu Mahgrib bagi para pelajar menunaikan kewajiban dan merehatkan diri. Usai waktu Isyak, pentas dan kanopi di perkarangan Kolej Teknologi Alpha (KTA) mula dipenuhi pelajar & kakitangan sekitar jam 8.30 malam. Sesi sebelah malam menyaksikan banyak acara pentas dan persembahan dijalankan.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi Kolej Teknologi Alpha. Majlis seterusnya dibuka dengan bacaan doa, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan KTA, yang seterusnya merasmikan Alpha Open Day 2018. Acara-acara pentas mengambil tempat silih berganti antaranya seperti nyanyian, persembahan tarian, persembahan silap mata juga penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang telah dijalankan.

Kita nikmati rakaman lensa; Ahmad Faisal Shah & Bukhairi Rahim (pelajar Diploma Animasi KTA) dan En. Nizam