Alpha Open Day 2019 – Bahagian 1

19th April 2019 | 2,347 views | 697 photos

13 April 2018, Kolej Teknologi Alpha Seremban 2. Alpha Open Day merupakan acara tahunan bagi para pelajar Kolej Teknologi Alpha (KTA) ini. Pelbagai program dijalankan sepanjang hari bermula dari seawal jam 8.00 pagi sehinggalah lewat jam 12.00 tengah malam. Program ini yang juga sinonim digelarkan sebagai ‘family day’ bagi para pelajar, kakitangan dan para pensyarah KTA.

Awal pagi menyaksikan para pelajar berkumpul di perkarangan kolej seterusnya bermulalah sesi senaman pagi dan juga Zumba. Jam 8.30 pagi, acara Big Explorace berlangsung melibatkan sebahagian besar pelajar kolej, turut melibatkan diri dalam acara ini ialah Skuadron Wataniah Rejimen Semboyan Divisyen Ketiga Infantri. Terima kasih atas penyertaan pihak anda.

Sementara itu, sebahagian pelajar pula membuka gerai jualan masing-masing.  Acara berehat sebentar menjelang waktu Zohor dan disambung sebelah petangnya dengan pelbagai pertandingan seperti Alpha Got Talent, Dapur Berasap juga pertandingan deklamasi sajak dan juga pembaca berita. Majlis kemudian berhenti rehat selepas asar dan acara seterusnya akan di sambung pada sesi sebelah malam.

Nikmati rakaman lensa dari para pelajar Diploma Animasi KTA iaitu Aisyah Asyeera, Iylia Syazwani, Bukhari Rahim dan Irwan Fariq: