Alpha Open Day 2018

29th March 2018 | 474 views | 238 photos

25 Mac 2018 9.30 pagi, Seremban 2. Alhamdulillah telah berlangsung program Alpha Open Day (AOD) yang bertujuan bagi menyemai sifat penglibatan pelajar KTA, dalam program berorientasikan protokol dan karnival, oleh hal demikian saban tahun program ini dilaksanakan bagi menyemai sifat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan pelajar.

Program ini telah berlangsung selama tiga hari bawah pengelolaan MPP KTA, yang menjadi tulang belakang dalam menjayakan program ini, bersyukur ke hadrat Ilahi walaupun berbagai halangan dalam menjayakan program, ini akan hal demikian program ini tetap berjalan dengan lancar.

AOD, telah berlangsung, selama tiga hari yang sarat dengan program, ilmiah dan hiburan. Seterusnya antara sorotan yang menarik pada hari pertama adalah pertandingan kain rentang yang melibatkan penglibatan pelajar kolej yang bertemakan, ‘Hidayah Untuk Semua’ telah memperlihatkan bakat yang kreatif dalam kalangan pelajar, seterusnya pada waktu malam pula ceramah umum yang telah disampaikan oleh Dai Fuad, yang berorientasikan, kepada konteks fitnah siber, yang mana lebih berfokuskan bagaimana mencegah fitnah siber. Oleh hal demikian perkongsian ini amatlah bermakna untuk para pelajar untuk mengenal pasti faktor yang menjadi indikator kepada fitnah siber. Selain itu pada malam tersebut telah berlangsungnya ‘Human Chess’ yang mana buat julang kalinya dilaksanakan dalam kolej, hal ini telah menarik minat pelajar kerana perkara ini adalah sesuatu yang baharu di kolej maka telah membuatkan, pelajar untuk turut serta.

Seterusnya hari kedua diteruskan dengan, pameran booth, jualan dari luar, hal ini telah membuka dimensi bagi hubungan luar antara pelajar dan masyarakat sekeliling. Seterusnya pada waktu petang pula telah berlangsungnya saringan pertama bagi pertandingan E-sport, yang mempertandingkan permainan Mobile Legend’ dan ‘Pro Evolution Soccer’, oleh hal demikian telah mendorong pelajar yang mempunyai kepakaran dalam permainan E-sport untuk menunjukkan bakat mereka. Seterusnya pada waktu malam pula merupakan detik perasmian AOD, yang telah dirasmikan oleh Dekan Jabatan Komunikasi, iaitu Doktor Wan Maharuddin Bin Wan Sulaiman, seterusnya tarian klasik yang dipersembahkan oleh kelab Bayu Arcadia, yang menerapkan kesenian tarian klasik yang mengasyikkan, seterusnya diteruskan sesuatu yang berunsurkan magis, yang dipersembahkan oleh En Awangku Khairil, merupakan salah seorang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP).

Selain itu pada malam tersebut diselitkan juga aktiviti sketsa yang mengisahkan tentang sifat derhaka seorang anak terhadap orang tuanya. Sketsa ini sarat dengan maksud tersirat dan juga elemen jenaka bagi menyedapkan jalan penceritaan. Seterusnya diteruskan juga dengan persembahkan seni mempertahankan diri oleh kelab Taekwondo, Silat Gayung dan juga Karate, ketiga-tiga kelab ini telah memperlihatkan kehebatan seni mempertahan masing-masing dengan gerakan yang mendebarkan.

Hari ketiga diteruskan dengan Alpha race yang berorientasikan kepada tempat tertentu dalam kolej yang dijadikan sebagai lokasi perhentian untuk melengkapkan setiap cabaran bagi mendapatkan tanda tangan, antara aktiviti yang mencabar adalah mekap si buta dan mencari duit syiling dalam baldi hal ini menduga fokus dan keberanian peserta untuk menyahut cabaran dalam aktiviti tersebut dan yang memenangi acara ini adalah semester 6 UUM BBA. Pada waktu petang pula di sambung E-sport peringkat akhir yang memperlihatkan kehebatan rentapan antara peserta semester 4 BBA dan semester 6 KTA-IUKL pertandingan ‘Mobile Legend’ ini telah mendorong mereka meletakan sepenuh fokus bagi memenangi acara tersebut dan acara ini telah dimenangi oleh KTA-IUKL semester 6.

Kredit Teks dan Gambar : Mubarak Saip