ALPHA 2017 Masiswa Zon Selatan | Futsal

12th October 2017 | 2,211 views | 1029 photos

Sabtu 30 September 2017, Public Star Futsal Oakland, Seremban 2, Negeri Sembilan. Kejohanan Futsal Masiswa Zon Selatan 2017 adalah merupakan antara acara yang paling banyak penyertaan selain bola jaring. 2 Kategori dipertandingkan iaitu kategori pasukan lelaki dan wanita.

Acara ini berlangsung sepanjang hari menyaksikan aksi-aksi yang hebat dan meriah. Sukan yang aggresif ini kadang-kala menyebabkan kecederaan. Kerapkali juga ada kontroversi dimana-mana kejohanan futsal dan suasana yang tegang juga adalah satu perkara biasa.

Apa-apa pun, tiada insiden serius yang tidak diingini berlaku sepanjang acara ini. Bahkan ia berjalan dengan muhibah dan semangat kesukanan yang tinggi! Tahniah semua!

6 Pingat dipertandingkan dan inilah keputusan akhirnya!

 Futsal Lelaki

  1. KUIM
  2. MMU
  3. KPJ UC

Futsal Wanita

  1. UCAM
  2. KYAM
  3. PUTRA I.C

Dan nikmatilah lebih 1000 gambar dari acara ini!