ALPHA 2017 Masiswa Zon Selatan | Catur

11th October 2017 | 146 views | 149 photos

Sabtu 30 September 2017 bertempat di dewan Kolej Teknologi Alpha, Seremban 2, berlangsung acara catur sepanjang hari. Acara yang bermula pada sebelah pagi tamat hampir lewat petang. Acara ini menyaksikan hampir 70 individu yang membentuk pasukan masing-masing bagi memenangi 16 emas, perak dan gangsa yang dipertandingkan.

3 pingat setiap satu bagi kategori individu lelaki dan perempuan.  3 pingat bagi setiap kumpulan lelaki dan perempuan yang merupakan hasil markah terkumpul bagi setiap peserta.

Pihak media juga telah dinasihati dari awal oleh pihak pengadil (arbiter) atau pengurus pertandingan supaya tidak membuat bising, bahkan tidak dibenarkan menggunakan flash hatta terlalu kerap mengambil gambar kerana perbuatan tersebut dikira boleh mengganggu kosentrasi tahap tinggi para peserta yang bertanding. Wah! susah bukan!.

Berikut adalah keputusan akhir acara Catur.

Individu Lelaki 

  1. TAN YI HERN (MMU)
  2. MOHD FIKRI AFIQ (UNIKL – MITEC)
  3. AARON KHARTIK (COSMOPOINT)

Individu Wanita :

  1. LIM ZHOU YI (MMU)
  2. NUR KHALEEDA NAZIFA (UNIKL – MITEC)
  3. LEE EE SAN (MMU)

 

Berpasukan Lelaki :

  1. MMU
  2. KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA
  3. TAR UC

Berpasukan Wanita :

  1. KPJ UC
  2. MMU
  3. KOLEJ TEKNOLOGI ALPHA

 

Maaf jika tidak banyak rakaman lensa!