ALPHA 2017 Masiswa Zon Selatan | Badminton

11th October 2017 | 356 views | 393 photos

Sabtu 30 September 2017, Summer Sport Center, Oakland, Seremban 2. Seawal pagi para perserta bagi acara Badminton (dan pingpong) telah berkumpul di sini.  Kejohanan Badminton Masiswa Zon Selatan 2017 menyaksikan 12 pasukan bertanding merebut cuma 4 pingat yang dipertandingkan iaitu 1 Emas, 1 Perak dan 2 Gangsa. Ini adalah kerana cuma acara berpasukan yang di pertandingkan.

Persaingan sengit antara 12 pasukan yang bertanding terdiri dari MMU, KPJ UC dan ALPHA berada di Kumpulan A.  Manakala di Kumpulan B menyaksikan pertembungan antara INTI, NMIT dan LINTON. Seterusnya Kumpulan C pula diatara COSMOPOINT, UCAM dan KUIM. Di Kumpulan D pula ialah pertarungan antara TAR UC, PUTRA dan UNIKL-MITEC.

MMU & ALPHA Mara ke suku akhir bagi kumpulan A. Bagi kumpulan B pula ialah LINTON dan INTI. UCAM dan KUIM bagi Kumpulan C. Manakala bagi kumpulan D menyaksikan TAR UC dan UNIKL-MITEC mara ke suku akhir.

Suku Akhir;

MMU mara ke separuh akhir dengan mengalahkan KUIM. UNIKL-MITEC menewaskan LINTON. Tuan rumah ALPHA berputih mata apabila dikalahkan UCAM, dan INTI dengan jayanya menewaskan TAR UC untuk ke separuh akhir.

Separuh Akhir;

MMU Bertemu dengan UNIKL-MITEC, manakala UCAM bertemu dengan INTI. Akhirnya kejohanan menyaksikan pentas akhir ialah perlawanan di antara INTI dan MMU. UCAM dan UNIKL-MITEC cuma mampu berpuas hati dengan pingat gangsa bagi setiap mereka. Tahniah buat INTI yang akhirnya berjaya menundukkan MMU di perlawanan akhir. Emas untuk INTI, Perak untuk MMU. Tahniah!

Keputusan Akhir 

  1. INTI
  2. MMU
  3. UCAM
    UNIKL – MITEC