ALPHA 2017 | Majlis Perasmian Penutupan & Penyampaian Pingat

13th October 2017 | 2,236 views | 1920 photos

Setelah berlangsung selama 2 hari, sampailah masanya, Kejohanan Sukan IPTS MASISWA Zon Selatan (ALPHA 2017) melabuhkan tirainya. Majllis Perasmian Penutupan ini berlangsung di Stadium Hoki Majlis Perbandaran Seremban, Seremban Negeri Sembilan pada jam 8.00 hingga 11.30 malam, 30 September 2017. ALPHA 2017 menyaksikan 16 kontijen IPTS  bersama-sama menjayakan acara tahunan ini yang mana Kolej Teknologi Alpha menjadi tuan rumah.

Stadium telah mula sibuk seawal jam 3 petang lagi dengan kedatangan para urusetia dan sukarewalan yang akan bertugas pada malam tersebut. Manakala kebanyakan kontijen-kontijen mula membanjiri stadium sejak jam 7 petang lagi. Sekalung penghargaan dan terima masih yang tidak terhingga kepada para kontijen yang sanggup bertahan sehingga ke acara penutupan ini walaupun sebilangan besar mereka perlu melalui perjalanan yang jauh untuk pulang ke tempat masing-masing.

Majlis perasmian penutupan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti oleh lagu Negeri Sembilan dan lagu Kolej Teknologi Alpha. Usai nyanyian tersebut, persembahan tarian dari Kelab Bayu Arcadia, Kolej Teknologi Alpha yang menyaksikan sejumlah 30 lebih penari dengan pelbagai corak tarian mengambil tempat. Seterusnya majlis menyaksikan Perarakan Masuk para kontijen satu demi satu membuat lintas hormat.  Para kontijen kemudiannya terus berada di tengah padang.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari CEO Kolej Teknologi Alpha, Dr. Hamzaid Yahya, disusuli dengan ucapan Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia (MASISWA) Profesor Dr. Mohd Zamri Bin Yusoff. Seterusnya hadirin mendengar pula ucapan Perasmian Penutupan dari Y.B Dato’ Zaifulbahri Bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan Negeri Sembilan. Beliau kemudiannya menjalankan gimik perasmian yang kemudiannya disusuli dengan tembakan bunga api bagi meraikan perasmian acara.

Acara kemuncak pada malam ini ialah penyampaian pingat kepada semua pemenang! Tahniah kepada semua yang berjaya meraih emas, perak mahupun gangsa. Kepada yang tidak berpeluang, mari kita cuba lagi di masa akan datang. Bukan kalah, cuma kemenangan yang tertangguh!. Kita jumpa lagi di MASISWA 2018 yang mana tuan rumahnya telah kita anugerahkan kepada Tunku Abdul Rahman University College, Segamat, Johor (TAR UC).

Harapan besar kami semoga malam perasmian penutupan yang gilang gemilang ini juga berjaya menjadi penanda aras baru dan diharap dapat  menaik-taraf  ‘standard’ acara Kejohanan Sukan Masiswa supaya lebih berprestij di masa yang akan datang. Kami telah cuba melakukan yang terbaik dalam tempoh masa dan kesempatan juga kemampuan yang ada, sekiranya ada kekurangan mohon dimaafkan.

Sekali lagi kami merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kontijen yang memberi kerjasama menjadikan Majlis Perasmian Penutupan ini satu kejayaan yang besar buat kita semua!

Nikmatilah 1920 keping gambar dari rakaman lensa-lensa krew Media kami : Aiman Fazli, Ayu Mursyida,  Ezzar Shah, Hamzah Razali, Nizam Ahamad, Nurashidah Aziz, Adillah Ralim, Faeizuan Zainal.