ADIWIRA – Pertandingan Lukisan Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia 2017

21st July 2017 | 1,855 views

Sekolah Multimedia Kreatif (Cream), Kolej Teknologi Alpha (KTA) berhasrat mencari bakat-bakat baru dalam seni visual untuk diketengahkan dalam industri seni visual. Harapan kami juga untuk mentrasformasikan seni visual & industri kreatif yang bersifat global ke tahap yang lebih tinggi .

Sehubungan dengan itu KTA skali lagi menganjurkan satu pertandingan lukisan untuk disertai oleh pelajar-pelajar tingkatan 3,4,5 dan 6.

Kami telah memilih tema ADIWIRA ATAU SUPERHERO untuk tahun ini.

Para peserta dikehendaki melukis ;

  • Watak adiwira yang asli ciptaan anda sendiri.
  • Watak-watak superhero sedia ada tidak dibenarkan.
  • Situasi (scene) Adiwira tersebut sedang beraksi menghadapi musuh-musuhnya.
  • Peserta bebas memilih konsep untuk adiwira yang dicipta tetapi digalakkan mempunyai elemen tempatan.

Menangi Hadiah-hadiah Berikut!;

  • Hadiah Pertama : Wang Tunai RM1000
  • Hadiah Kedua : Wang Tunai RM800
  • Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM500
  • Hadiah Saguhati : Wang Tunai RM100 untuk 10 peserta.

*Sijil penyertaan disediakan untuk semua peserta

 

Poster dan Borang-borang penyertaan sedang dalam proses untuk dihantarkan ke sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Borang fotostat juga dibenarkan. Anda juga boleh memuat-turun borang tersebut di sini untuk dicetak dan dikepilkan bersama penyertaan anda!

Tarikh tutup penyertaan : 30 SEPTEMBER 2017!