Pengenalan
Kursus Diploma in Business Studies ini digubal khas untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi. Pengendalian program dijalankan sepenuhnya di ACT dan pelajar akan dilengkapkan dengan pengetahuan asas tentang perakaunan, ekonomi, pengurusan, kewangan dan E-Dagang.
Objektif
Program ini diharap dapat memenuhi permintaan di dalam bidang pengurusan dan perniagaan lebih-lebih lagi menguruskan era teknologi maklumat yang serba canggih dan mencabar pada hari ini.
Graduan program ini boleh menyambung pengajian mereka ke peringkat program kerjasama Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dengan Kepujian di ACT yang dipantau oleh Universiti Utara Malaysia untuk tempoh tiga (3) tahun. Selain itu, para graduan program ini juga boleh meneruskan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta yang lainnya samada di dalam atau di luar negara.
Tempoh Pengajian
Kerjaya
Program ini diharapkan dapat melahirkan siswazah-siswazah yang berketrampilan, proaktif dan dapat memikul tugas-tugas sama ada sebagai seorang eksekutif, perunding, pentadbir atau usahawan profesional yang berkaliber, berkesan, cekap, berhemah tinggi dan berakhlak mulia.







