Kolej Teknologi Alpha

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Program BBA [Hons] TM IUCTT

Bachelor of Business Administration (Hons) in Technology Management

Objektif

Tujuan program diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai graduan yang berkualiti yang sudah tentu permintaannya ada oleh syarikat-syarikat antarabangsa.  Melalui program ini, pelajar berupaya untuk memahami pengetahuan asas berhubung pengurusan teknologi, memperolehi pandangan berhubung amalan pengurusan dan teknologi dan arah haluannya di masa hadapan.  Selain itu, pelajar akan memperolehi faedah daripada pengajian mereka ini dengan aplikasi terus konsep-konsep yang dipelajari ke dalam persekitaran pekerjaan.  Graduan dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang relevan yang mana akan membuahkan kejayaan kerjaya mereka sama ada di dalam pengurusan awam, pengurusan swasta atau pengurusan badan-badan kerajaan.  Ia juga akan menjadikan seseorang graduan itu terlatih dan bermotivasi seperti yang dikehendaki oleh institusi lainnya.

Kerjaya

Program BBA (Hons) Technology Management ini direkabentuk sebegitu untuk memenuhi keperluan masa depan pengurusan, pengurusan profesional dan pengurusan bukan profesional dengan setiap tangungjawab pengurusan - pada setiap tahap kerjaya seseorang graduan.

Setelah menamatkan pengajian ini, graduan dijangkakan akan berkhidmat di dalam profesion pengurusan yang berbeza-beza bidangnya. Sebagai contoh seperti perunding, jabatan kerajaan, journalis, penyelidik, pendidikan dan pengurusan itu sendiri.

Sebagai langkah kehadapan ke arah kelayakan akademik yang lebih tinggi graduan boleh meneruskan pengajian mereka dalam bidang Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Perniagaan.
Struktur Program
KOMPONEN JAM KREDIT
Major36

 Asas Major

 57

LAN9
IPT10
Jumlah Keseluruhan112
 
 

Pejabat Pendaftar

Jabatan Kegiatan Pelajar

Imbasan Aktiviti Pelajar

Mutakhir

Hari Raya menjelang tiba. Diharap semua warga Kolej Teknologi Alpha menjadi pengguna jalan raya / lebuh raya yang berhemah.  Berwaspada sentiasa agar kegembiraan dan kemeriahan lebaran tahun ini tidak tercemar dengan berita-berita yang tidak diingini. Selamat Menyambut Hari Lebaran.

Pautan

Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Banner
Paparan terbaik dengan resolusi skrin 1280 x 800 px.

Newsflash

Salam Ramadhan buat semua pelajar Kolej Teknologi Alpha yang beragama Islam.  Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan hendaknya.  InsyaAllah.