Penutup Minggu Haluan Siswa meriah
6 Januari – Segala penat lelah para pelajar baru yang menjalani latihan siang dan malam bagi membuat persembahan terbaik pada malam kemuncak akhirnya berjaya.
Sebanyak 8 kumpulan telah membuat persembahan yang benar-benar menarik sepanjang aksi malam penutup tersebut.
Majlis penuh warna-warni itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Eksekutif
Kolej Teknologi Alpha (KTA), Dr. Hamzaid serta Encik Andy Bachtiar bin Ibrahim selaku Pendaftar KTA.

Kehadiran para kakitangan serta para pensyarah terus menyuntik semangat para pelajar baru untuk tampil membuat persembahan yang terbaik.

Majlis yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu telah menyaksikan persembahan Dikir Barat dari Kumpulan Dua telah dinobatkan sebagai juara mengetepikan persembahan Kumpulan Koir di tempat kedua manakala Kumpulan Boria Kaizer berjaya mendapat tempat ketiga.








